๐
๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) memperluaskan Model Operasi PMS โDamar Berkatโ dengan mengenal pasti enam lokasi baharu di Felda Ijok, Felda Nenering, Felda Layang-Layang, Felda Sri Ledang, Felda Kg. New Zealand dan Felda Chemplak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KPF, Puan Sakinah Salleh menyatakan komitmen KPF dalam menjayakan agenda kelestarian, daya saing dan pemerkasaan ekonomi warga Peneroka seiring dengan hasrat FELDA.
Melalui model operasi PMS tersebut, objektif utama seperti menghapuskan ketirisan hasil peneroka, meningkatkan ketelusan urusniaga dan menjamin pendapatan lebih tinggi kepada para peneroka dapat dicapai. Pelaksanaan ini juga akan berpandukan sistem yang merangkumi belian, kawalan kualiti BTS, logistik penghantaran ke kilang serta penawaran harga yang lebih kompetitif.
Beliau telah membentangkan PMS Damar Berkat bersempena Majlis Anugerah Projek 25:23 yang berlangsung di Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur, Johor. Turut hadir adalah Pengerusi FELDA, YBhg. Datoโ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi KPF, YBhg. Datoโ Mohd Banuri Aris dan Pengerusi FGV Holdings Berhad, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Credit : Page KPF RASMI