SF RAKAN STRATEGIK - KONSERT DESAKU MENDUNIA

SF RAKAN STRATEGIK - KONSERT DESAKU MENDUNIA

SF mendunia sebagai Rakan Strategik bagi Konsert Desaku Mendunia: Dari Trolak Ke Prague sebagai tanda sokongan kepada MARESMAF Wind Orchestra (MAWO) yang majoritinya terdiri daripada Generasi Baharu FELDA.

Selain SF, beberapa buah syarikat subsidiari KPF seperti KPF Niaga Sdn. Bhd, Hotel Tenera, FELDA D’Saji Sdn. Bhd. dan KPF Trading Sdn. Bhd. juga bersama sebagai pempamer.

Konsert yang berlangsung selama dua hari menjadi platform buat MAWO memperlihatkan bakat Generasi Baharu FELDA dalam bidang muzik dan sebagai persiapan untuk mewakili Malaysia dalam ‘International Festival of Wind Orchestra’ yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Jun 2025 di Prague, Czech. Program ini telah berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, RTM Kuala Lumpur.

Program dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir, Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengerusi KPF merangkap Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA,Puan Sakinah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahli Lembaga Pengarah SF, Datin Eizlin Sham Hamezah, Timbalan Pengerusi SF,Dato Abd Rauf Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif SF, En Armanudin Abdullah serta wakil Pengurusan SF.

Browse the latest

Latest articles

Scroll