1. ' SF ON STAGE '
Sustainable Future Sdn Bhd (SF) diberi ruang dan peluang berkongsi pengalaman & kemahiran dalam industri EV yang disampaikan oleh En Armanudin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SF ketika Majlis Meraikan Rakan Muafakat BTS 2025 yang dianjurkan oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF).
2. ' STARLINK SFX20 '
SF juga berpeluang mempamerkan produk solusi komunikasi ketika bencana iaitu Starlink SFX20 (WiFi Satelit & Batery Power Supply) kepada semua peserta yang hadir. Penerangan ringkas tentang produk Starlink SFX20 dari Ketua Pegawai Operasi SF, En Izahar Atan menarik minat ramai peserta untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk solusi komunikasi ini. Turut hadir Pengarah Tugas-tugas Khas SF, En. Abd Afiq.
Credit Photo : Page KPF Rasmi
#KPF #SegalanyaFELDA #DariPenerokaKepadaPeneroka #AnugerahBTS2025 #koperasifelda #RakanMuafakatBTS #MajlisPenghargaanKPF #SF #sustainablefuture #SFSB #tenerahotel #bangi