' STARLINK SFX20 ' - Pelancaran Siap Siaga Felda 3.0
04hb.Disember.2025 - Kuala Lumpur : Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh berlaku setiap tahun di Malaysia. Ianya memerlukan persiapan yang konsisten dalam menghadapi situasi kecemasan seperti bekalan elektrik terputus, bekalan makanan terhenti dan pelbagai lagi. ' Starlink SFX20 ' (WiFi Satelit & Bateri Salutan Tenaga) adalah solusi komunikasi bencana yang mampu membantu pihak penyelamat & masyarakat yang terjejas akibat bencana terus berkomunikasi dengan baik.
Demostrasi komunikasi secara langsung dibuat ketika Pelancaran Siap Siaga Felda 3.0. Pengerusi Felda, Datuk Seri Shabery Cheek berkomunikasi dengan Pengurus Rancangan di PPS Felda Seberang Tayor dengan menggunakan ' Starlink SFX20 '. Ianya juga telah disaksikan bersama oleh Ketua Pengarah Felda, Dato Dr. Suzana Idayu Wati Osman dan Pengurusan Tertinggi Felda serta kakitangan Felda. Turut serta hadir ialah Datuk Abd Rauf Ahmad, Timbalan Pengerusi SF.
Penerangan secara 'live on location' berkenaan 'Starlink SFX20' telah diberikan oleh En. Armanudin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SF. Dengan solusi komunikasi bencana ini, Sustainable Future Sdn Bhd syarikat yang membekal kemudahan ini berharap ianya dapat menjadi solusi komunikasi terbaik buat penyelamat dan masyarakat dalam menghadapi saat sukar ketika bencana.
#sf #sfsb #starlinksfx20 #battery #wifisatelit #felda #pelancaransiapsiagafelda #bencana #banjir #tanahruntuh #operasimenyelamat