SF membekalkan dan menyewakan jentera berat elektrik seperti dump truck, prime mover, wheel loader, excavator dan 4x4 pickup EV.

SF membekalkan dan menyewakan jentera berat elektrik seperti dump truck, prime mover, wheel loader, excavator dan 4x4 pickup EV.

SYARIKAT bersekutu di bawah Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), Sustainable Future Sdn Bhd (SF) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh inisiatif teknologi hijau.

SF diberi mandat bagi menguruskan operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) di Felda Bukit Damar yang kini dikenali sebagai PMS Damar Berkat sekaligus menjadikannya perintis bagi pelaksanaan model pengurusan baharu berteraskan kelestarian, keberkesanan dan teknologi masa hadapan.

Pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada pelan tindakan komprehensif berasaskan empat komponen utama teknologi hijau iaitu penggunaan kenderaan elektrik untuk industri dan logistik, pembangunan tenaga boleh diperbaharui serta sistem penyimpanan tenaga (BESS), pengurusan sisa secara menyeluruh, dan pelaksanaan kredit karbon menjelang tahun 2026.

“Perjanjian ini membolehkan kami membina sebuah ekosistem hijau yang bukan sahaja moden dan kompetitif, tetapi juga memberikan pulangan lebih baik kepada peneroka, di samping mengurangkan pergantungan kepada sistem tradisional yang sarat ketirisan.

“Sebagai permulaan, semua penghantaran Buah Tandan Segar (BTS) ke PMS Damar Berkat kini dijalankan menggunakan lori elektrik (EV). Pergerakan lori ini dipantau melalui sistem Pengurusan Armada (FMS) secara masa nyata untuk memastikan keberkesanan logistik dan penjimatan tenaga maksimum.

“Transaksi BTS turut didigitalkan sepenuhnya, menggantikan kaedah lama yang bergantung kepada peraih luar serta menyukarkan proses audit. Kaedah baharu ini membolehkan pemantauan yang lebih telus dan pengesahan langsung kepada peneroka mengenai kuantiti serta harga yang diterima.

“Kami menawarkan harga BTS yang lebih tinggi daripada pasaran luar kerana kami ingin memastikan peneroka memperoleh pulangan yang lebih menguntungkan. Ini juga sebahagian daripada usaha kami untuk memulihkan kepercayaan dan memastikan sistem yang lebih adil,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

SF juga membekalkan serta menyewakan jentera berat elektrik seperti dump truck, prime mover, wheel loader, excavator dan kenderaan pacuan empat roda elektrik (4×4 EV).

Selain itu, perkhidmatan naik taraf (retrofitting) turut disediakan untuk menukar jentera diesel kepada elektrik secara berfasa, selaras dengan matlamat pengurangan karbon dalam operasi ladang FELDA.

Usaha memperluas tenaga boleh diperbaharui diperkasakan menerusi pemasangan lampu jalan berkuasa solar dan pembinaan ladang solar bersepadu yang dilengkapi sistem simpanan tenaga (BESS). Teknologi ini memastikan bekalan tenaga bersih yang stabil, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Dari aspek pengurusan sisa, kami melaksanakan pendekatan menyeluruh yang meliputi penggunaan trak pemampat EV untuk kutipan sisa serta pemprosesan sisa makanan melalui sistem pelupusan terkawal.

“Kerjasama dengan KPF membolehkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini berjalan secara sistematik, dan kami yakin ia mampu direalisasikan berpaksikan prinsip kelestarian pada skala nasional.

“Dengan pendekatan holistik yang disokong oleh pelan pelaksanaan yang tersusun, SF yakin sektor perladangan mampu beralih kepada sistem yang lebih efisien serta mematuhi piawaian RSPO dan MSPO, sekali gus bersedia menghadapi cabaran perubahan iklim dan permintaan pasaran global,” ujarnya.

Browse the latest

Latest articles

Scroll