YAB, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan serahan MoU SF & KPF ketika MK3D. Turut bersama adalah Ahli Lembaga Pengarah SF, Datin Eizlin Sham Hamezah.
Sustainable Future Sdn Bhd (SF) dan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) menjalin kerjasama bagi memperkasa teknologi hijau dalam sektor perladangan. Melalui kerjasama itu, SF yang juga syarikat bersekutu KPF diberi tanggungjawab mengendalikan operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) di Felda Bukit Damar, yang kini dikenali PMS Damar Berkat.
Dalam kenyataan, SF berkata pelaksanaan itu sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh berlandaskan empat teras utama teknologi hijau.Menurutnya, ia merangkumi penggunaan kenderaan elektrik perindustrian dan pengurusan logistik, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan sistem simpanan tenaga (BESS), pengurusan sisa bersepadu serta pelaksanaan kredit karbon menjelang 2026.
Perjanjian ini membuka ruang untuk kami membina ekosistem hijau yang bukan hanya berdaya saing dan moden, malah membawa pulangan yang lebih tinggi kepada peneroka serta mengurangkan kebergantungan kepada sistem lama yang penuh ketirisan.