SELASA | 2 SEPTEMBER 2025
FELDA telah menganjurkan Bengkel Manual Operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) pada 2 hingga 3 September 2025 dengan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan dari peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan termasuk pengurusan FELDA, FGV, KPF, SFSB, MPOB serta wakil Peneroka.
Bengkel ini bertujuan memperkasa pengurusan tadbir urus dan operasi ladang melalui penstrukturan model operasi PMS yang lebih sistematik dengan penekanan kepada aspek kebolehjejakan (traceability), kelestarian (sustainability) dan keselamatan (security) hasil sawit.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen FELDA untuk terus memperkukuh ekosistem ekonomi peneroka demi memastikan industri sawit negara kekal mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada semua pihak.
#SegalanyaFELDA
#MacamDuluDulu